Categories
hiburan

Pelakon Gerak Khas ACP Shaharon Anuar bersara sebagai pegawai p0lis, sekali ada benda yang buat netizen terkejut?

PEMINAT drama Gerak Khas mahupun naskhah melibatkan kepolisan tentu sahaja mengenali Datuk Shaharon Anuar Abdul Latif.

Meskipun memegang status sebagai pegawai polis, Shaharon Anuar, 60, bagaimanapun memiliki bakat besar dalam bidang lakonan.

Katanya, beliau bermula sebagai model iklan komersial sebelum membuat penampilan sulung dalam filem terbitan Skop Production Sdn Bhd. iaitu Pemburu Bayang.

“Pertama kali menceburi dunia seni sebagai bakat utama dalam iklan Toyota Land Cruiser-Jungle Out There pada tahun 1989.

“Kemudian saya mulakan kerjaya lakonan sebagai detektif dalam filem Pemburu Bayang yang dikeluarkan pada 1992,” jelasnya kepada mStar.

Meskipun membawakan watak pembantu, kemunculan Shaharon Anuar tetap mendapat perhatian penonton dalam siri Gerak Khas.

Mengulas lanjut mengenai kerjaya lakonan, Shaharon Anuar mendapat kebenaran bersyarat untuk berlakon di luar waktu tugas.

Bagaimanapun watak yang dibawa tidak boleh mencemar imej Polis Diraja Malaysia (PDRM) selain hanya dilakukan selepas waktu bekerja.

“Saya berlakon selepas waktu pejabat atau hujung minggu dan cuti umum. Terlibat dalam bidang ini saya perlu melupakan waktu rehat atau masa untuk dihabiskan bersama keluarga kerana perlu berada di set penggambaran.

“Melakonkan watak pegawai polis bukan satu membebankan kerana saya sendiri seorang anggota polis. Saya anggap perkara itu biasa dan sama seperti tugasan harian.

“Produksi akan kumpul semua babak melibatkan saya dalam masa satu hari. Dianggarkan 15 atau 20 babak satu hari penggambaran bermula pukul 9 pagi dan tamat pada 12 tengah malam atau 2 pagi,” ujarnya.

Kemudian saya mulakan kerjaya lakonan sebagai detektif dalam filem Pemburu Bayang yang dikeluarkan pada 1992.

DATUK SHAHARON ANUAR

PESARA POLIS DAN PELAKON GERAK KHAS

Shaharon Anuar secara rasminya bersara pada 1 Ogos lalu selepas 38 tahun berkhidmat dengan jawatan terakhirnya sebagai Ketua Jabatan Pengurusan, Ibu Pejabat Polis Kontinjen Kuala Lumpur, pangkat Senior Asisten Komisioner (SAC).

Beliau merancang untuk meneruskan aktiviti kebajikan bersama badan bukan kerajaan (NGO) selepas persaraannya.

“Sekiranya ada peluang saya akan teruskan kerjaya lakonan mahupun membuka rumah produksi sendiri. Mungkin juga saya akan menceburi bidang korporat,” katanya.

Selain itu Shaharon Anuar juga tidak dapat melupakan kenangan manis ketika berlakon dalam filem Gerak Khas The Movie pada 2001.

Selain Datuk Yusof Haslam, Shaharon Anuar juga pernah bekerjasama dengan barisan pelakon antaranya Datuk AC Mizal, A.Galak, Erra Fazira, Abby Abadi, Deen Mydin, Farid Amirul, Norman Hakim.

“Saya mengikuti promosi filem di beberapa negeri dan tidak menyangka sambutan positif peminat sangat menggalakkan sehingga diserbu mereka.

“Walaupun pelakon pembantu tetapi itu menjadi satu kenangan manis yang tidak dilupakan,” terangnya.

Bercerita mengenai kerjaya sebagai anggota polis, Shaharon Anuar memberitahu, dia pernah ditawarkan untuk melanjutkan pelajaran ke peringkat universiti selepas tamat peperiksaan Sijil Tinggi Persekolahan Malaysia (STPM) namun ditolak.

Beliau tangguhkan hasrat itu kerana mahu membantu ayahnya iaitu seorang petani untuk menyara keluarga memandangkan dia anak sulung daripada lima orang adik beradik.

Selain berkhidmat sebagai anggota polis dan berlakon, Shaharon Anuar turut bertugas sebagai penulis skrip drama, pengarah drama, pengacara majlis, penyampai radio Program Polis dan Anda.

“Bermacam pekerjaan saya lakukan antaranya buruh am ladang kelapa sawit di kawasan Air Putih Taiping; buruh kontrak di Perumahan Taman Greenwood, Gombak; pengawal keselamatan di sekitar bandaraya Kuala Lumpur dan Keramat; penyelia projek syarikat pembinaan dan pegawai kerani di Felcra Seberang Perak.

“Ketika tawaran kekosongan jawatan Inspektor Percubaan, saya memohon dan Alhamdulillah berjaya.

“Pada 4 November 1984 saya melapor diri di Pusat Latihan Polis (Pulapol) Jalan Semarak Kuala Lumpur menjalani latihan asas selama enam bulan,” terangnya yang selepas itu melanjutkan pelajaran ke peringkat Ijazah ketika dalam perkhidmatan.

Shaharon Anuar berkahwin dengan Datin Norasmaria dan memiliki lapan orang cahaya mata serta tiga orang cucu.

Antara filem lakonan beliau Gerak Khas The Movie 1 dan Maria Mariana 2.

:

Sumber/Kredit : mStar

Diolah Oleh : Wan Network

PERHATIAN: Pihak kami tidak akan bertanggungjawap langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak kami juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawap anda sendiri.

Jangan Menyesal!! C0py/Salin Semula Artikel Kami Tanpa Kebenaran Akan Di Report C0pyright

Categories
hiburan

“Patut La Nampak Lain” Selain Nora Danish, Ini 10 Artis Malaysia Yang Berd4rah Campuran

Mungkin ramai yang tidak tahu bahawa di Malaysia sebenarnya ramai artis wanita yang berdar4h k4cukan atau campuran dan kebanyakannya mereka memiliki wajah yang begitu cantik dan comel.

Siapakan artis yang dimaksudkan itu?. Mesti ramai yang teruja untuk tahu siapakah gerangan mereka bukan? Jadi, kami akan berkongsi dengan anda antara 11 artis wanita yang berdar4h k4cukan. Jom kita tengok!

1. Izara Aishah

Izara Aishah Hisham yang dilahirkan pada 28 September 1992 di Kampung Bakar Batu, Johor Bharu, Johor. Izara adalah seorang pelakon, model dan juga merupakan bekas peserta dewi remaja pada tahun 2009/2010. Izara yang berd4rah k4cukan Melayu di sebelah bapanya dan Pakistan di sebelah ibunya. Izara juga adalah anak sulung dari tiga orang adik beradik.

Izara telah mendirikan rumahtangga dengan anak tiri Dato’ Seri Siti Nurhaliza, Adib Khalid pada 17 November 2017 dan mereka dikurniakan seorang puteri yang kini berusia 1 tahun, Irisa Alaia pada 15 April 2020.

2. Intan Ladyana

Intan Nurladyana Binti Mohamat Yahaya atau lebih mesra dikenali sebagai Intan Ladyana yang dilahirkan pada 2 Jun 1982 di Petaling Jaya, Selangor. Intan merupakan seorang pelakon, model dan pengacara sejak tahun 2006 lagi. Intan merupakan artis yang berd4rah k4cukan peranakan Melayu dan Siam.

Intan Ladyana baru sahaja mendirikan rumahtangga pada 5 Februari 2021 bersama pasangannya Harris Alif. Intan pernah dikecam teruk oleh netizen susulan ingin berkahwin dengan lelaki yang jauh lebih muda darinya kerana jarak usia antara mereka ialah 17 tahun. Namun jodoh pertemuan di tangan Tuhan, mereka kini telah pun menjadi suami isteri yang sah.

3. Mawar Rashid

Mawar Rashid dilahirkan pada 3 April 1995 di Kota Bharu, Kelantan dan kini berusia 26 tahun. Mawar merupakan seorang pelakon dan model yang mempunyai dar4h k4cukan Thailand dimana ibunya berasal dari Chiang Mai. Kerjaya Mawar Rashid bermula selepas dia menjadi salah seorang peserta Dewi Remaja pada tahun 2014/2015.

Mawar Rashid telah berkahwin dengan Raden Ahmad Faizal Yaakob yang merupakan adik kepada penyanyi dan cef selebriti terkenal Fazley Yaakob pada 9 November 2017 dan kini mereka dikurniakan 2 orang cahaya mata, Raden Muhammad Rafael pada 13 Mac 2019 dan Raden Seri Rosabella Cinta pada 2 Januari 2021. Mawar juga memiliki 2 lagi anak tiri hasil dari perkahwinan terdahulu suaminya bersama bekas isteri.

4. Syatilla Melvin

Siti Nur Syatilla Binti Amirol Melvin atau lebih dikenali sebagai Syatilla Melvin dilahirkan pada 8 Februari 1991 dan berasal dari Parit Buntar, Perak. Syatilla adalah seorang pelakon, model dan usahawan yang berjaya. Syatilla juga adalah salah seorang peserta Dewi Remaja pada tahun 2009/2010 yang bersaing bersama-sama Izara Aishah, Neelofa dan Anzalna Nasir. Syatilla mula menceburkan diri dalam bidang lakonan pada tahun 2012 dalam beberapa drama dan telefilem.

Syatilla merupakan anak kedua dari lima orang adik beradik. Bapa Syatilla berketurunan Jepun manakala ibunya pula berketurunan Melayu.

Pada 8 Februari 2016, Syatilla telah sah menjadi isteri kepada seorang pelakon popular, Syaheizy Sam. Hasil dari bahtera perkahwinan, mereka kini telah dikurniakan sepasang cahaya mata iaitu Syeriv Samheizy pada 9 Mei 2017 dan Sarima Samheizy pada 16 April 2019.

5. Faezah Elai

Faezah Elai dilahirkan pada 16 Ogos 1982, berasal dari Gelugor, Pulau Pinang yang merupakan seorang pelakon, model dan usahawan. Dia adalah anak sulung daripada 3 orang adik beradik. Dia juga sebenarnya pernah menyertai Dewi Remaja pada tahun 2005/2006. Faezah Elai berketurunan Punjab dan Thai.

Faezah telah berkahwin dengan seorang pengarah drama Heykal Hanifah pada September 2011 dan hasil perkahwinan tersebut mereka telah dkurniakan 2 orang anak perempuan, Dealova Heyrinna Heykal dan Aurora Heyrinna Heykal . Selain itu, dia juga mempunyai tiga orang anak tiri hasil perkahwinan suaminya yang terdahulu, Luqman Hakim, Sarah dan Luq Adam.

6. Neelofa

Neelofa atau nama sebenarnya Noor Neelofa Binti Mohd Noor dilahirkan pada 10 Februari 1989. Dia yang berasal dari Pasir Mas, Kelantan merupakan seorang pelakon, model, pengacara dan usahawan berjaya yang berd4rah k4cukan Melayu, Pakistan dan Arab. Bapanya berdar4h Melayu dan ibunya berdar4h Pakistan dan Arab. Neelofa merupakan anak ketiga daripada sembilan orang adik beradik. Dia mempunyai 5 orang adik beradik tetapi berlainan bapa.

Kerjaya Neelofa bermula selepas dia dinobatkan sebagai juara Dewi Remaja pada tahun 2009/2010. Dia telah mendapat banyak tawaran berlakon dan mengacara di stesyen TV.

Neelofa mula menjalankan perniagaan bersama ibunya dengan melancarkan produk kesihatan Bellavita dan dia juga memiliki produk dengan jenamanya sendiri. Antaranya Lofalens, Beautea Slim, Naelofar Hijab dan Nilofa Group. Neelofa sangat popular di laman sosial media dan mempunyai lebih dari 8 juta pengikut di instagram dan aktif dalam pelbagai program keagamaan dan kerja-kerja kebajikan Pertubuhan Kasih Neelofa.

7. Nora Danish

Nora Binti Mohd Danish Hanif atau lebih dikenali sebagai Nora Danish merupakan seorang pelakon dan pengacara yang dilahirkan pada 7 Mac 1982 di Kuala Terengganu, Terengganu. Dia merupakan anak bongsu daripada 4 orang adik beradik dan kesemua adik beradiknya adalah perempuan. Bapa Nora Danish berketurunan Arab dan Myanmar di sebelah ibunya.

Nora memulakan kerjayanya pada tahun 2005 dan ketika itu dia berusia 23 tahun. Pada 20 Jun 2006, Nora telah mendirikan rumahtangga dengan Toh Muda Rizal Ashram Ramli dan dikurniakan seorang anak lelaki, Putra Rayqal Ramli Rizal Ashram namun perkahwinan mereka berkahir dengan pencer4ian pada awal Julai 2008.

Pada 30 Mac 2017, Nora Danish telah berkahwin untuk kali kedua dengan anak Menteri Pelancongan Dan Kebudayaan Malaysia, Nedim Nazri. Pada 21 Februari 2018, mereka dikurniakan seorang lagi cahaya mata lelaki yang bernama Mohamed Neqayl Nedim. Nedim juga mempunyai seorang anak lelaki, Mohamed Nedrin hasil dari perkahwinannya yang terdahulu dengan bekas isteri.

Nora Danish mempunyai lebih dari 7 juta pengikut di laman instagram miliknya dan dia juga aktif dalam tiktok.

8. Janna Nick

Janna Nick atau nama sebenarnya Nurul Jannah Binti Muner dilahirkan pada 1 Jun 1985 di Sungai Petani, Kedah dan merupakan anak kedua daripada empat orang adik beradik. Janna Nick berdar4h k4cukan Cina, Pakistan dan Thai di sebelah kedua-dua ibu bapanya.

Sekitar November 2019, Janna Nick telah membuat pengakuan yang dia sedang menjalinkan hubungan cinta dengan seorang pelakon kacak, Dini Azan Schatzmann yang juga berdar4h campuran Melayu dan Switzerland. Janna Nick juga popular di laman sosial dan memiliki lebih 6 juta pengikut di instagram.

9. Faradhiya

Farahdhiya Mohad Amin yang dilahirkan pada 28 April 1984 di Sarzana, Itali. Dia adalah anak bongsu dari dua orang adik beradik dan berketurunan k4cukan Melayu-Inggeris. Ibunya berasal dari Portsmouth, England manakala ayahnya berasal dari Johor. Faradhiya merupakan seorang penyanyi dan pelakon. Faradhiya terkenal menerusi single sulungnya ‘Bertakhta Di Hati’.

Faradhiya mempunyai lebih dari 400 ribu pengikut di instagram.

10. Diana Danielle

Diana Danielle Danny Beeson yang dilahirkan pada 22 November 1991 di Houston, Texas, Amerika Syarikat. Diana Danielle berdar4h k4cukan Melayu-Inggeris. Diana merupakan anak tunggal kepada pasangan Norsiah Ramli dan Danny Beeson. Diana dibesarkan di George Town, Pulau Pinang iaitu kampung halaman ibunya selepas kedua ibu bapanya bercerai.

Diana Danielle adalah seorang pelakon, model dan juga usahawan. Diana memulakan kerjayanya dalam bidang lakonan pada tahun 2002.

Diana Danielle telah berkahwin dengan pelakon lelaki popular, Farid Kamil pada 3 November 2012 ketika itu usianya masih muda iaitu 21 tahun. Pasangan ini dikurniakan 2 orang cahaya mata iaitu Muhammad dan Nur Aurora.

11. Hannah Delisha

Hannah Delisha merupakan seorang pelakon yang berasal dari Singapura yang mula popular di Malaysia menerusi drama ‘Mencintaimu Mr Photographer’ yang bergandingan bersama pelakon Syafiq Kyle. Dia dilahirkan pada 27 Oktober 1996. Bapanya berasal dari England manakala ibunya pula berketurunan Melayu.

Memiliki wajah yang sangat comel, Hannah sangat popular di instagram dan kini dia mempunyai lebih 2 juta pengikut.

Diolah Oleh : Wan Network

PERHATIAN: Pihak kami tidak akan bertanggungjawap langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak kami juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawap anda sendiri.

Categories
hiburan

[VIDEO]“Amboi Fatima cara dia gerak badan tu…” Gelαgαt Fatima Sαkαn Menαri Atas Kereta Mainan Buat Ramai Terhibur

Nur Fatima Aisya merupakan anak kepada pasangan pelakon terkenal, Fattah Amin dan Nur Fazura, dan kini dia sudah berusia setahun sepuluh bulan.

Selain itu, Fatima juga merupakan antara anak selebriti yang sering menarik perhatian warga maya dek gelagatnya yang comel.

Untuk perkembangan terkini, ibunya, Fazura sering memuat naik gambar dan video di halaman sosialnya, untuk dikongsi bersama buat tatapan peminat.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Nur Fazura (@missfazura)


Terbaru, Fazura sekali lagi berkongsikan sebuah video di media sosial Tiktoknya, yang memaparkan Fatima menaiki kereta mainan elektrik

Menerusi video itu, kelihatan Fatima bersama dengan kakak Amanda menaiki kereta mainan elektrik, sambil mendengar lagu dan berjoget lagi.

Video itu berjaya meraih tontonan sebanyak 141.3K dan lebih 8K tanda suka dari para peminat yang terhibur melihat gelagat Fatima yang comel itu.

Meninjau ke ruangan komen, rata-rata warganet terhibur dengan gelagat Fatima yang sakan berjo’get sambik menaiki keretanya itu.

MashaAllah Fatima ni happy good lucky macam mummy diala, suka hiburkan orang

Edit greenscreen letak background hawaii. Pehh ha’voc hahahahahhaha

Amboiii fatima cara dia gerak badan tu kemain comey aih.. Hahaha!!!

Macam gugurlss kalau dgn bff dlm keta.. dgr lagu smbil jo’get2.. heheheheheh!! meriahh wehh..

Sekadar perkongsian dan terima kasih.

Sumber:https://viral25news.com/

[1] Rujukan, Tiktok @Fazuraofficial

[2] Gambar Utama, Twitter @AinulNunanaa & Tiktok @Fazuraofficial

Categories
hiburan

[VIDEO] “Bad4n Melentik” – Di Usia 50 Tahun, Penampilan Terkini Nasha Aziz Jadi Bualan Warganet

PENGANJURAN minggu pertunjukan fesyen terkemuka baru-baru ini tiba-tiba meledakkan kembali nama aktres yang juga model terkenal, Nasha Aziz.

Nasha men.curi perhatian apabila muncul anggun memperagakan busana gaun sendat rona merah sentuhan pereka Rizman Ruzaini.

Paling menarik perhatian ialah bentuk badannya yang kekal langsing sehingga ramai yang terlupa usianya sudah mencecah 50 tahun.

VIDEO:

“Bentuk badan Nasha ialah impian setiap wanita. Macam mana dia masih mampu dapatkan lentikan itu lagi,” puji seorang netizen.

“Usia 50 tapi fizikal mengalahkan remaja berusia 20 tahun,” komen seorang lagi pengguna TikTok.

Selain Nasha, model ternama tanah air lain yang turut men.curi mata umum ialah Tengku Azura, Amber Chia dan Deborah Henry.

Komen Netizen Youtube:

Sumber/Kredit :Kosmo

Diolah Oleh : Wan Network

PERHATIAN: Pihak kami tidak akan bertanggungjawap langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak kami juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawap anda sendiri.

Categories
hiburan

“Ni Je Ke Hasil?” – Ira Kaza Tayang Cincin, Sekali Ada Benda Lain Yang Netizen Perasan

Baru-baru ini, anak kepada pelakon veteran Kazar Saisi, Ira Kaza memuat naik sekeping foto di akaun Instagram miliknya.

Foto tersebut telah mendapat perhatian wargamaya kerana terdapat sebentuk cincin di jari manis Ira.

Ekoran foto tersebut ramai wargamaya membuat spekvlasi mengenai hubungannya dengan pengarah filem, Syamsul Yusof yang sehingga kini masih mengunci mulut tentang status mereka.

Bukan itu sahaja, portal turut memuat naik foto tersebut di laman Facebook dan ramai warganet memberi pelbagai respons.

Gara-gara foto itu, terdapat segelintir wargamaya yang mempersoalkan kemampuan Ira memiliki telefon pintar mahal dan cincin tersebut kerana umum mengetahui dia tidak bekerjaya.

Meninjau di ruangan komen, rata-rata wargamaya mengecam foto tersebut dan meninggalkan komen-komen yang neg4tif kerana kontr0versi yang terpalit iaitu menjadi punca pergolakan rumahtangga pelakon Puteri Sarah dan Syamsul Yusof.

KOMEN NETIZEN :

Terdahulu, Puteri Sarah telah memfailkan sam4n terhadap Ira Kaza kerana menganggu kehidupannya pada 26 Jun lalu.

Sumber/ Kredit : xtra, rotikaya, ohbulan

Diolah oleh : Wan Network

PERHATIAN: Pihak kami tidak akan bertanggungjawap langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak kami juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawap anda sendiri.

Categories
Uncategorized

Hello world!

Welcome to WordPress. This is your first post. Edit or delete it, then start writing!