Categories
hiburan

Lagu Jika Versi Nuha Bahrin, Baru Teaser Sudah Cvri Perhatian Ramai!

Lagu dwi bahasa berjudul Casablanca mencetuskan satu fenomena luarbiasa. Biarpun lagu ini liriknya dalam bahasa melayu dan arab, namun hasil duet Nuha Bahrin dan Naufal Azrin berjaya membuatkan ramai sukakan Casablanca.

Apatah lagi melodinya cukup rancak dan mudah melekat di dalam ‘kepala’ mendengar. Terbaharu, Nuha Bahrin ada berkongsikan teaser lagu baru nyanyiannya bersama pasangan duet sama, Naufal Azrin.

Bagaimanapun lagu baru itu sebenarnya adalah nyanyian versi baru lagu berjudul Jika. Untuk info lagu Jika ini cukup popular dan nyanyian asalnya adalah dari Melly Goeslaw dan Ari Lasso.

Berikut adalah perkongsian teaser lagu baru Nuha Bahrin versi nyanyian semula darinya yang menjadi bualan hangat warganet:

Menariknya biarpun lagu tersebut sudah popular sejak dulu lagi, namun versi lagu yang dinyanyikan oleh Nuha Bahrin ini ada kelainannya tersendiri. Cukup sinonim dengan lagu berbahasa Arab, jadinya Jika versi Nuha Bahrin turut mempunyai bahasa tersebut.

Malah perkongsian yang baru sahaja teaser beberapa saat ini sahaja berjaya mencuri perhatian ramai. Adakah lagu ini juga bakal menjadi fenomena luar biasa sama seperti Casablanca? Sama-sama kita nantikan bila lagu ini dikeluarkan beberapa hari lagi.

Namun di ruangan komen, ada yang tidak sabar untuk mendengarkan lagu Jika versi Nuha Bahrin ini. Berikut antara reaksi ramai yang ditinggalkan di perkongsian berkenaan:

“Bagi aku ok he..Tak pernah di arabkan..Tapi okay sedap jugak”

“Agak2 lagu ni ada harapan tak untuk viral di TikTok macam lagu Casablanca??”

“Wahhh lagu arab lagi”

Sementara itu, ikuti kisah menarik lain yang telah kami sediakan untuk hiburan hari anda seperti berikut:

sumber:HCL

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *