Categories
hiburan

Netizen P3rli Eyka Farhana Tak Segan Tayang ‘Body’ Tapi Segan Pula Untuk Datang Majlis

Nama pelakon Eyka Farhana menjadi bualan ramai baru-baru ini selepas dia memuat naik video semasa dia menghadiri sebuah majlis. Menurutnya, dia sering kali berasa segan atau malu-malu untuk menghadiri sebarang majlis terutamanya semasa dia berada seorang diri.

Menerusi video yang dimuat naik di akaun Tik Tok pelakon itu, kelihatan Eyka Farhana yang diiringi oleh seorang wanita semasa dia baru sahaja tiba di tempat majlis berlangsung. Namun pelakon itu kelihatan malu-malu dan mungkin segan untuk bertegur sapa dengan jemputan yang lain.

Eyka memberitahu kebiasaannya dia cuma berasa segan pada permulaannya sahaja namun lama kelamaan akan berasa okay. Mungkin juga selepas berbual dengan tetamu yang lain, pelakon itu sudah dapat membiasakan diri dengan suasana majlis.

“Me everytime datang event, mesti segan segan. Segan kejap je.”

 

 

Hantaran yang dimuat naik ini kemudiannya menarik perhatian netizen di mana ada yang memerli reaksi malu-malu pelakon itu. Individu tersebut turut menyindir Eyka Farhana yang tidak segan untuk menayangkan badannya namun berasa segan pula untuk menghadiri majlis seperti ini.

Difahamkan, individu itu cuba merujuk kepada video jenama pakaian dalam yang pernah dimuat naik pelakon itu baru-baru ini. Tak dinafikan, ramai yang berasa terkejut dengan perkongsian tersebut di mana ia menampakkan imej seksi pelakon itu sehingga membuatkan dia menerima kecaman hebat dari netizen.

“Segan? Video CK okay je.”

eyka farhana

Dalam masa yang sama, kebanyakan netizen turut memuji penampilan cantik Eyka Farhana pada majlis tersebut. Malah ramai yang suka melihat penampilan sopannya ini yang lebih menyerlahkan lagi kecantikan semula jadi pelakon itu.

“Cantiknya dia pakai macam ni.”

pelakon

“Segan pulak, awak kan cantik.”

komen

“Lawa sangat dia ni, dari dulu suka tengok dia.”

tik tok

Sementara itu, anda boleh juga baca kisah-kisah lain yang menarik di bawah:

Sumber:HCL

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *