Categories
hiburan

Tasya Shila Selamat Bersalin, Suami Ded4h Jantina & Nama Anak

Aktres Tasha Shilla selamat melahirkan cahaya mata perempuan seberat 3.19 kilogram menerusi kaedah pembed4han sekitar 10.37 pagi hari ini.

Menurut suami Tasha iaitu Muhammad Atiq Idris, proses pembed4han yang memakan masa 45 minit itu berjalan lancar. Malah, Tasha dan bayi juga berada dalam keadaan baik.

“Alhamdulillah…Tasha selamat melahirkan anak perempuan pagi tadi secara pembed4han. Bayi dan Tasha juga berada dalam keadaan baik.

“Syukur kerana pembed4han selama 45 minit itu juga turut berjalan dengan lancar. Malah, saya juga berada di dalam bilik pembedahan untuk menemani Tasha.

“Saya berterima kasih kepada doktor kerana banyak memberikan penjelasan bagi memudahkan urusan pembed4han,” kata Atiq kepada Harian Metro.

Terdahulu, Tasha atau pemilik nama penuh Natasha Sheila Abdul Razak, 35, memaklumkan bakal melahirkan cahaya mata kedua secara pembed4han.

Malah, pasangan itu juga sudah memilih nama Nyla Kaadira buat cahaya mata kedua mereka.

Tasha sebelum ini turut berkongsi keterujaan dikurniakan sepasang cahaya mata dan bersifat terbuka berkongsi pemilihan nama buat cahaya mata kedua mereka.

Tasha dan suami, Muhammad Atiq Idris mendirikan rumah tangga pada 28 Februari 2020.

Selain Nyla, pasangan itu turut dikurniakan cahaya mata Raeez Zander yang kini berusia setahun lima bulan.

Komen netizen:

 

Sumber: harian metro

Categories
hiburan

[VIDEO] Penonton T3 rkejut Awie Copy Ori Atas Pentas, “Lipsync Another Level Ah”

Dengar sahaja nama Awie, pastinya ramai membayangkan identiti penyanyi rock ini yang memiliki personaliti tersendiri. Biarpun usianya sudah meningkat, namun kemampuan vokal Awie sememangnya tidak dapat dipertikaikan lagi.

Namanya cukup gah dalam industri menjadikan Awie sebagai idola dalam arena hiburan tanah air. Bagaimanapun, baru-baru ini satu rakaman dengan paparan seakan Awie sedang buat persembahan telah mencuri perhatian ramai.

Dalam perkongsian tersebut kedengaran lagi Di Penjara Janji nyanyian asal Awie dipasang. Turut kelihatan dua selebriti di pentas. Yang seorang adalah Lan Solo kerana jelas kelihatan penampilannya di pentas berkenaan.

Namun yang seorang lagi ini telah mencuri perhatian ramai. Rambut panjang kerinting menutupi wajahnya. Sekali selak..Lah rupanya Johan! Korang saksikan sendiri gelagat Awie copy ori ini di pentas dalam rakaman yang dikongsikan seperti berikut:

Ini pula satu lagi rakaman dari sisi lain dan jelas dengan paparan Awie copy ori yang dilakonkan oleh Johan:

Rupa-rupanya Johan miming sahaja! Tapi nampak macam dia nyanyi betul-betul. Apa-apa pun rakaman ini diambil ketika acara jelajah Hot FM bertemu pendengar di Padang Kota. Di ruangan komen rata-rata warganet akui terhibur dengan gelagat Johan ini.

Berikut antara luahan ramai yang ditinggalkan di ruangan komen:

“Hahaha mantap Johan kalau buat lawak best”

“Johannnnn! Haha lipsync another level ah”

“Masa Johan start nyanyi tu aku apasal macam suara Amir Masdi. Rupanya member kat belakang nyanyi layan copy ori”

Sementara itu, ikuti kisah menarik lain yang telah kami sediakan untuk hiburan hari anda seperti berikut:

sumber:HCL

Categories
hiburan

Elisya Sandha Dipuji Ramai, Dua Bulan Bersalin Dah Jogging Bawa Anak – “Comel Mummy Dengan Baby”

Pelakon jelita Elisya Sandha mencvri perhatian ramai apabila melakukan aktiviti bersenam sambil membawa anaknya, Bunga El Haq.

Menerusi platform TikTok, Elisya atau nama sebenarnya Nur Elisya Sandha Hassan, 23, berkongsi video aktiviti tersebut untuk tatapan umum.

Me and my Bunga,” tulis adik kepada Fasha Sanda itu di ruangan kapsyen.

Dalam perkongsian berdurasi hampir 20 saat itu menunjukkan Elisya berlari sambil menyorong kereta sorong anaknya di kawasan perumahan dan melakukan aktiviti senaman di sisi Bunga yang sedang nyenyak tidur.

Video:

Sementara itu di ruangan komen, ramai wargamaya terhibur melihat aksi Bunga yang lena tidur walaupun ibunya membawanya keluar berjalan.

Dalam pada itu, ada yang turut memuji kekuatan Elisya yang aktif bersenam walaupun baru dua bulan melahirkan Bunga secara pembed4han.

Sekadar info, Elisya melahirkan Bunga pada 18 Jun 2022.

Sehingga kini, perkongsian tersebut telah menerima lebih 1.4 juta tontonan oleh warga TikTok.

Imbas kembali, Elisya berkahwin dengan anak penerbit terkenal Sheila Rusly, Uzair Haqimy pada Ogos 2021.

Komen netizen:

   

Sumber: gempak.com

Categories
hiburan

“Apasal comel sangat couple ni..”- Fazura & Fattah Amin Berlakon ‘Vibes’ Filem P.Ramlee, Bikin Peminat Terhibur!

Pasangan pelakon cukup dikenali ramai, Fazura dan Fattah Amin ini sememangnya memiliki peminat mereka tersendiri. Turut bergelar usahawan, Fazura juga memiliki perniagaa seperti jenama tudung dan lain-lain lagi.

Bagaimanapun, baru-baru ini satu rakaman dengan paparan pasangan suami isteri tersebut telah mencuri perhatian warganet. Dalam rakaman itu dipaparkan Fattah Amin dan Fazura berlakon dengan vibes filem P.Ramlee.

Gaya percakapan, pakaian dan lain-lain memang hampir sama macam dalam filem lagenda hiburan tanah air tersebut. Apa yang lebih mencuit hati adalah gaya Fazura yang bertanyakan soalan kepada suaminya mahu pergi ke mana?

Korang saksikan sendiri video ringkas Fazura dan Fattah Amin berlakon ini yang telah dimuat naik menerusi akaun Instagram pelakon tersebut sendiri:

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Fattah Amin (@fattahaminz)


Fattah Amin pun berlakon menjadi sungguh! Difahamkan rakaman ini adalah sempena pelancaran koleksi terbaharu tudung Fazura. Perkongsian video ini sahaja sudah meraih lebih 281 ribu tontonan dan 17 ribu likes.

Warganet yang menyaksikan video ini mengakui terhibur dengan gelagat pasangan suami isteri ini. Memang sempoi dan menjadi! Berikut antara reaksi ramai yang ditinggalkan di ruangan komen perkongsian video tersebut:

“Hihihi macam P. Ramlee waktu muda”

 

“Apasal comel sangat couple ni”

“Comel giler muka Faz bila syak something fishy”

“Suara nak sama dengan pelakon asal. Comey”

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Jangan Lupa Juga Untuk Follow Kami di Page

Sumber: HCL

PERHATIAN: Pihak kami tidak akan bertanggungjawap langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak kami juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawap anda sendiri.

Categories
hiburan

“Mudah cara dia…”- Netizen doakan Nad Zainal kuat, setuju kata2 dalam temubual

Kelmarin pelakon terkenal, Nad Zainal telah mended4hkan bahawa ikatan perkahwinan antaranya dengan Muhammad Faliq Amiruddin selepas 7 tahun sudah terler4i baru-baru ini. Tiada angin, tiada ribut menyeb4bkan berita berkenaan mengejutkan bagi peminatnya.

Tidak mended4hkan puncanya dan menerusi sumber pula, Nad Zainal berkata hubungan baik antara mereka masih dikekalkan demi anak-anak. Selepas mendirikan rumah tangga pada 18 Disember 2015, pasangan ini telah dikurniakan dua cahaya mata, Fahad Ibrahim,6 tahun, dan Budi Kalsom yang kini berusia setahun.

 

Pun begitu, satu muat naik video temubual Nad Zainal ketika majlis pratonton sebuah drama sebelum ini dikatakan seperti memberikan bayangan situasi k0nflik yang berlaku dalam rumah tangganya yang mana rakaman ini juga mencvri tumpuan ribuan warganet di media sosial.

Melalui rakaman temubual Nad Zainal ini, dia berkata kepada pasangannya ketika itu sekiranya sudah tawar hati terus sahaja memaklumkan kepadanya dan tidak ingin tahu daripada orang lain. Dirinya juga tidak ingin berg4duh dan yang paling penting anak-anaknya.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Official Hlive (@officialhlive)


Di ruangan komen melalui muat naik menerusi Instagram Officialhlive tersebut pula netizen mendoakan yang terbaik buat pelakon drama Dendam Seorang Isteri ini dan dalam pada itu turut bersetuju dengan caranya dalam menangani isu tersebut.

“Betul la apa dia cakap, kadang dah takat tu…”

“Moga Nad terus kuat, betul ape dia katakan…”

“Setuju!!! Jangan pening pasal…”

“Bagus, tak yah kecoh kecoh perli memperli kat media sosial…”

Nanti dulu, anda juga pasti tidak ingin ketinggalan untuk membaca kisah-kisah yang disediakan menarik ini di bawah seperti berikut:

sumber:HCL

Categories
hiburan

Puteri Sarah Mengaku Letih Besarkan Dua Anak Sendirian, Tersentuh Lihat Anak Sulung Pandai Pujuk Adik,

Sebelum ini, pelakon, Puteri Sarah berkongsi sebuah video di mana anak sulungnya, Syaikhul Islam membantunya melakukan kerja rumah.

Terbaru, Puteri Sarah memberitahu bahawa anak sulungnya itu pandai memujuk dan menenangkan adiknya selepas men4ngis. Terbaik!

Penat juga nak jaga dua anak

Sebagai wanita dan ibu, Sarah tidak menafikan menjaga dua anak pada waktu yang sama bukanlah perkara yang mudah. Ujarnya, ada kalanya dia perlu memarahi anak-anak agar mereka menjadi seorang yang berdisplin. Menerusi foto yang dikongsikan di Instagram, Sarah memberitahu anak keduanya, Sumayyah baru sahaja men4ngis selepas kena teguran.


Namun begitu, hati Sarah tersentuh apabila melihat Syaikhul cuba untuk memujuk adiknya agar tidak men4ngis. Tambah Sarah, dia sangat menyayangi kedua-dua anaknya itu lebih daripada dirinya sendiri.

Siapa kata tak letih. Sometimes kita rasa boleh tapi sometimes penat juga nak jaga 2 kids yang hyper active. Kadang kena tegur dan marah anak untuk disiplinkan mereka sebab sarah tak nak nanti bila besar anak-anak jadi tak elok. Sumayyah baru lepas cry after kena tegur dengan mama.

Abanglah pengubat hati adik, abanglah yang pujuk adik. Bila mama marah bukan mama tak sayang tapi mama nak bentuk peribadi & akhlak anak-anak dari kecil. I love u both more than i love myself.

Komen netizen:

Sumber: ohbulan.com

Categories
hiburan

Nyanyi Purnama Merindu Lirik ‘Berterabur’, Peserta Terpaling Juara Jadi Perhatian!

Sejak akhir-akhir ini rancangan realiti TV terbaharu berjudul Terpaling Juara semakin menjadi bualan hangat ramai. Dari para peserta yang merupakan penyanyi baru dan juga sudah lama, semuanya memiliki kelebihan masing-masing.

Malah sebelum ini persembahan Ifa Raziah menyanyikan lagu Di Pintu Syurga hingga menitiskan air mata menjadi bualan penonton. Dalam episod terbaharu ini, salah seorang peserta wanita dengan nama Shazreen Shaharum pula telah mencuri perhatian ramai.

Persembahan peserta ini dalam episod tersebut adalah dengan menyanyikan lagu berjudul Purnama Rindu. Rasanya pasti ramai yang pernah mendengarkan lagu nyayian asal milik Dato’ Sri Siti Nurhaliza ini.

Namun begitu, nyanyian gadis ini menjadi bualan ramai gara-gara liriknya ditukar. Berikut adalah perkongsian rakaman bahagian peserta ini nyanyi Purnama Merindu lirik ‘berterabur’ ini:

 

View this post on Instagram

 

A post shared by tv3malaysia (@tv3malaysia)


Perkongsian rakaman dengan paparan gadis ini nyanyi Purnama Merindu lirik berterabur ini telah menimbulkan rasa kurang senang warganet. Ada yang menganggap peserta ini tidak hafal lirik lagu asal dan terdapat juga yang pertikaikannya.

Biarpun tersalah lirik, suara nyanyian gadis ini dipuji boleh tahan merdu. Apa-apa pun perkongsian rakaman ini telah meraih lebih 39 ribu tontonan. Rata-rata warganet meninggalkan reaksi mereka mengenai persembahan peserta tersebut di ruangan komen seperti berikut:

“Abes lagu Siti..Dah la lirik ke laut..Rosak lagu”

“Lupa lirik ke temanya minggu ni?”

“Hahaha awat lirik dia lagu tu adoii..Yang betulnya ..’Purnama mengambang cuma berteman..bintang bekerlipan dan juga awn..Siapa tahu rindu yang mencengkam dihatiku..”

“Hahaha lirik berterabur berkali2 pun standing ovation ke”

Sementara itu, ikuti kisah menarik lain yang telah kami sediakan untuk hiburan hari anda seperti berikut:

sumber:HCL

Categories
hiburan

[VIDEO] Dilihat rapat sangat masa berfoto, Jep ditegur lucu oleh penonton

Buat peminat rancangan Sepahtu Reunion Live 2022, pada Khamis lalu penonton dihiburkan dengan kemunculan buat pertama kali oleh pelakon jelita yang popular dengan bakat lakonannya yang hebat, Siti Saleha.

Kemunculannya itu membuatkan penonton juga tercuit hati dan Siti Saleha menerusi Instagram peribadinya baru-baru ini merasa lega dengan tugasnya di rancangan tersebut telah selesai dan berterima kasih dengan jemputan itu.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by SITI SALEHA (@sallywho)


Walau bagaimanapun, selain lakonan spontan dan lucu Siti Saleha bersama kumpulan Sepahtu iaitu Jep, Rahim dan Pak Ya, terdapat juga rakaman disebalik tabir yang turut tular di media sosial. Manakala satu muat naik video ini pula memaparkan kejadian disebalik tabir ketika episod yang ditayangkan baru-baru ini yang lalunya menghiburkan warganet.

VIDEO

Mana tidaknya, Jep sempat dimarahi lucu oleh penonton dengan berseloroh menegurnya yang dilihat rapat sangat ketika bergambar dengan pelakon jelita itu dan membuatkan kejadian disebalik tabir cukup meriah dengan sikap sporting selebriti-selebriti ini.

Video yang dimuat naik itu bagaimanapun turut dikongsikan pengalaman pemilik akaun yang hadir menonton rancangan Sepahtu Reunion itu secara live di studio. “Jep jep hati kau keras, pertama kali pergi Sepahtu Reunion Live semalam. Best sebab boleh tengok disebalik tabir,” ujar pemilik akaun tersebut diruangan kapsyen.

“Best kan…”

“Even penonton pun nak jaga Jep & Sari Yanti…”

“Hahaha comel weii…”

Nanti dulu, anda juga pasti tidak ingin ketinggalan untuk membaca kisah-kisah yang disediakan menarik ini di bawah seperti berikut:

sumber:HCL

Categories
hiburan

“Tengok Riak Wajah Suami…” – Dilihat Bahagia Bermadu, Netizen Minta Zizie Izette Tips Rumah Tangga!

Baru-baru ini, perkongsian Datin Seri Zizie Izette menyorot perhatian netizen apabla dia memuat naik sepotong video bersama madunya, Datin Nor Asidah Alimuddin.

Menerusi ruangan kapsyen, Zizie menulis: “Untuk info, suami kami tak minat yang kurus-kurus, taste dia yang comel-comel macam kami.

“Tengok riak wajah suami, Bung Moktar yang kelihatan begitu cerita. Kaum Adam yang teringin macam kami janganlah cemburu ya.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Bung Moktar Radin (@bungmoktar)


“Kalau nak pergi menuntut ilmu dengan panglima perang Sabah ni,” tulis Zizie.

Menerusi ruangan komen, ramai yang memuji dengan kemesraan yang ditunjukkan oleh mereka bertiga.

“Datin… boleh tak bila-bila share apa tips Datin amalkan untuk jaga hubungan rumah tangga… saja la nak tau.”

“Syukur alhamdulillah… Tumpang gembira tengok kebahagiaan macam Datin ni… Semoga ditambahkan lagi kebahagiaan bersama orang tersayang hingga ke jannah. Amin ya rabbal alamin.”

“Bagusnya dah macam adik-beradik. Selamat hari raya… semoga diberi berkat dan rezeki yang murah.”

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Bung Moktar Radin (@bungmoktar)


Untuk rekod, Zizie mendirikan rumah tangga dengan Datuk Seri Bung Moktar Radin pada Disember 2009.

Menerusi perkahwinan tersebut, mereka dikurniakan kembar lelaki berusia dua tahun iaitu Aadam Zac Izette dan Aaleph Zeke Izette, serta anak perempuan, Aalisa Belle Izette. Pasangan ini juga mempunyai dua orang anak angkat, Nayla Nurjenna dan Aaric Zayn Izette.

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Jangan Lupa Juga Untuk Follow Kami di Page:

Sumber: https://gempak.com/

PERHATIAN: Pihak kami tidak akan bertanggungjawap langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak kami juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawap anda sendiri.

Categories
hiburan

[VIDEO] Ifa Raziah Beng4ng, Guru Vokal Komen Teknik Nyanyian – “Kau Siapa Nak Sound? Apa Masalah Sangat Pada Kau Kalau Aku Sumbang?”

Penyanyi, Ifa Raziah tampil membid4s kenyataan seorang guru vokal, Shaffiq Erwin yang memberikan komen tentang teknik nyanyiannya.

Ifa menerusi komen balas di Instagram guru tersebut menyatakan dia tidak pernah mengenali individu itu dalam industri hiburan.

“Kau siapa nak sound-sound aku ini nyanyi sumbang atau apa? Aku tak kenal kau pun dalam industri ini?

“Umur aku dah dekat 50 tahun, memanglah suara kadang-kadang ke laut sikit. Kau suruh emak kau nyanyi, aku nak tengok,” tulisnya.

Dalam komen yang sama, Ifa juga menjelaskan setiap selebriti pasti akan melalui fasa tersebut apabila lewat usia.

“Semua artis akan lalui fasa ini bila dia orang sudah berumur, baik Hollywood, Kollywood atau Greenwood.

“Semua yang dulu suara high pitch tak akan dapat macam suara 20-30 tahun yang lalu. Jadi respeklah sikit kami yang tua ini,” jelasnya.

Coret Ifa lagi, jika mahu dibandingkan dengan penyanyi remaja atau muda memang tiada daya dan kemampuan untuk melawan.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by ~apitoria~ (@shaffiqerwin)


“Nak bandingkan dengan budak-budak muda memanglah kami tak mampu nak lawan. Kau yang muda pun suara tak ke mana.

“Aku nak tengok suara kau masa umur 50 tahun nanti. Kau tunggu masa itu akan tiba.

“Aku masuk pertandingan ini suka-suka saja, bukan fasal duit. Setakat RM100 ribu itu, aku pun ada.

“Tak payahlah kvtuk-kvtuk, kita hidup ini santai-santai saja, apa yang masalah sangat pada kau, kalau aku sumbang. Kalau aku tersingkir pun, aku tetap IFA RAZIAH!!,” tegasnya.

Terdahulu, Shaffiq telah memuat naik video reaksi persembahannya bagaimanapun guru vokal itu mengkritik bahawa nyanyian Ifa sumbang.

Komen netizen:

 

Sumber: gempak.com