Categories
hiburan

[VIDEO] “Berani m4ti kutvk kita…” – Ubi Juara MLS, Sekali Ini Komen Padu Sajat Bila Namanya ‘Dipetik’

Persembahan pertama kumpulan UBI di malam final Muzikal Lawak Superstar 3 (MLS3) yang berlangsung pada Jumaat lalu menerima reaksi daripada usahawan kontr0versi, Nur Sajat.

Menerusi TikTok Live, Sajat yang kini menetap di Australia berkata kumpulan itu berani menjadikan dia sebagai bahan untuk persembahan pada malam itu.

Biarpun kumpulan yang menjuarai MLS3 itu tidak menyebut sebarang nama, namun dialog mengenai Australia dan lagu Bobo Dimana dipercayai ditujukan kepadanya.

VIDEO YANG SAJAT DIPETIK

“Berani m4ti ya UBI kutvk Sajat… tak tahu lelaki ke perempuan. Kau ini jangan nanti aku buat kau jadi ubi bakar. Mentang-mentang la menang.

“Berani m4ti kutvk kita dekat Australia ini. Berderau j4ntung, sabar aja la. Walaupun dia tak sebut nama Sajat, tapi bila dia cakap fasal Australia tu, satu dewan kecoh. Betapa rare Sajat ini.

“Walaupun dia tak sebut nama tapi dia cakap ‘ala kakak kau dekat Australia tu’.

Orang tahu siapa, pasang pula lagu Bobo Dimana, kenal sangatlah. Yang dia nyanyi pula part Sajat,” ujarnya.

Persembahan pertama UBI yang dianggotai oleh Fad, Namie dan Syarif mengisahkan mereka rindu ahli keluarga kerana berada di luar negara bagi menyambung pelajaran.

Untuk menghilangkan rasa rindu, Fad menghubungi ibunya iaitu selebriti terkenal Erra Fazira, manakala Syafif membuat panggilan video dengan Datuk Yusof Haslam yang berlakon menjadi bapanya.

Namie pula berkata dia enggan menghubungi kakaknya yang berada Australia dan persembahan diteruskan dengan lagu Bobo Dimana nyanyian Sajat bersama Datuk Aliff Syukir serta Lucinta Luna.

Bagaimanpun, Sajat atau Muhammad Sajjad Kamaruz Zaman memberitahu dia tidak mar4h dengan persembahan itu malah mengucapkan tahniah atas kemenangan mereka.

“Ala tak kisah la, I tak mar4h pun… I gurau saja. Congratulations kepada UBI kerana menang.

Tapi kalau I masuk, belum tentu lagi you menang ya,” kata Sajat.

VIDEO SAJAT:

Sumber/ Kredit :GEMPAK

Diolah oleh : Wan Network

PERHATIAN: Pihak kami tidak akan bertanggungjawap langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak kami juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawap anda sendiri.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *