Categories
hiburan

[VIDEO] Pekerjaan Pelakon-Pelakon Sebelum Terkenal, Tak Sangka!

Setiap orang ada rezeki masing-masing. Jika dahulunya seseorang itu bergelar guru, pramugara, peniaga dan sebagainya, tak mustahil satu hari nanti akan memiliki karier yang lain.

Sama juga dengan beberapa selebriti tanah air kita dalam satu rakaman yang dikongsikan baru-baru ini. Dalam perkongsian tersebut dipaparkan beberapa pelakon dengan pekerjaan mereka sebelum menjadi terkenal.

Antaranya adalah Dato’ M.Nasir sebelum menjadi penyanyi dan komposer terkenal, beliau menyanyi di sekitar Central Market, Kuala Lumpur. Manakala Dato’ Yusuf Haslam bekerjaya sebagai konduktor bas selama 10 bulan sebelum menerima tawaran menjadi pegawai penjara dan dia menolaknya.

Selain dari itu Shamsul Ghau Ghau pula sebelum ini adalah polis dan kini bergelar pelakon dan pelawak. Salih Yaacob, pelawak dan penyampai radio sebelum ini adalah askar dan Nora Danish adalah pelayan di kedai makan ibunya. Berikut adalah perkongsian video pekerjaan pelakon-pelakon sebelum terkenal:

Wah tak sangka! Ada yang bertugas dalam unit beruniform juga rupa-rupanya! Selebriti Malaysia bukannya calang-calang ya, ada kerjaya hebat sebelum terkenal.

Apa-apa pun perkongsian mengenai pekerjaan pelakon-pelakon sebelum terkenal ini telah dimuat naik oleh seorang pengguna TikTok dan meraih lebih 771 ribu tontonan. Di ruangan komen, rata-rata warganet meninggalkan reaksi mereka mengenai perkongsian ini seperti berikut:

“Apapun jawatan atau kerja yang dilakukan..Itu semua sekadar sementara kita di dunia untuk melangsungkan kehidupan seharian”

“Remy Ishak sebelum jadi artis dia kerja hotel mandarin as bellman”

Sementara itu, ikuti kisah menarik lain yang telah kami sediakan untuk hiburan hari anda seperti berikut:

sumber:HCL

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *