Categories
hiburan

[VIDEO] “Kami baru kenal sembilan bulan” Nasha Aziz Akhirnya Buka Mulut Bila Kant0i Selalu Terima Jambangan Bunga Di Set

Penerbit terkenal, Fadzil Teh mendedahkan pelakon cantik, Nasha Aziz sering menerima jambangan bunga ketika berada di set penggambaran.

Menerusi perkongsian di TikTok, Fadzil memuat naik video dirinya sedang mengusik aktres tersebut untuk mengetahui gerangan individu yang memberikan bunga kepadanya.

“Nasha, you bercinta dengan siapa ni? Hari-hari orang hantar bunga,” kata Fadzil.

Dalam pada itu, penerbit Zeel Production itu turut menunjukkan jambangan bunga mawar merah bersama mahkota hiasan yang diberikan kepada Nasha.

Menurut Nasha, dia merupakan seorang pelakon setia untuk Zeel Production dan mempunyai peminat.

“I kan pelakon setia Zeel Production, jadi i ada peminat,” kata Nasha.

Fadzil juga turut mempersoalkan sama ada jambangan bunga yang diberikan kepada aktres itu dihantar oleh kerabat diraja.

“Kerabat raja mana ni yang mampu bagi bunga hari-hari? Siap crown lagi. Tua-tua pun laku lagi ke sis?” usiknya.

VIDEO :

Menerusi tinjauan di ruangan komen, perkongsian tersebut turut mendapat pelbagai reaksi daripada pengikutnya.

KOMEN NETIZEN :

Terima jambangan bunga setiap hari, Nasha Aziz kini sedang bahagia bercinta

SELEPAS tular video menerima jambangan bunga, pelakon dan model Nasha Aziz akhirnya mengakui kini sedang bahagia bersama seseorang.

Enggan mendedahkan identiti jejaka berkenaan, Nasha berkata perkenalannya dengan insan istimewa itu bermula sejak sembilan tahun.

“Mestilah bunga itu dari orang yang menyayangi saya. Kalau orang sayang mesti dia hargai kita dengan pemberian begitu. Itulah tanda cinta!

“Kami baru kenal sembilan bulan. InsyaAllah… dia menepati lelaki idaman saya tetapi kami perlu kenal lebih rapat lagi,” katanya kepada mStar.

Nasha ditemui ketika sidang media pelancaran filem terbaharu lakonannya berjudul Talbis Iblis yang berlangsung di Kuala Lumpur pada Khamis.

Sebelum ini, tular rakaman video dimuat naik oleh penerbit Haji Zil dari Zeel Production memperlihatkan Nasha menerima bunga di sebuah set lokasi penggambaran drama.

Dalam video tersebut, Nasha dilihat malu-malu menjawab soalan Zil adakah dia kini sedang bahagia bercinta.

Sementara itu, bercakap mengenai soal perancangan untuk ke fasa seterusnya, Nasha memohon doa orang ramai dan berharap ada pengakhiran yang baik.

“Itu kewajiban kan. Tapi kenalah dulu (doa) sebab nak tahu rezeki Allah bagi ini akan mendorong kita ke arah mana.

Kalau di set saya selalu fokus untuk dalami karakter, tetapi Khabir akan ada cara sendiri

“InsyaAllah semestinya yang baik-baik,” ujarnya.

Berkongsi mengenai filem Talbis Iblis, Nasha mengakui pengarahmya iaitu Khabir Bhatia memberi cabaran hebat untuk membawakan watak Junaidah.

“Kalau di set saya selalu fokus untuk dalami karakter, tetapi Khabir akan ada cara sendiri.

Nasha (empat dari kanan) bersama barisan pelakon Talbis Iblis.

“Watak ini pula saya terima selepas berbincang dengan penulis skrip, pengarah dan penerbit. Ia adalah watak di mana saya keluar di zon selesa,” jelasnya.

Talbis Iblis akan mula ditayangkan di pawagam pada 20 Oktober depan.

Selain Nasha, pelakon lain yang terlibat adalah Azira Shafinaz, Zul Ariffin, Amir Nafis, Jay Iswazir, Sherie Merlis dan Daniella Sya.

Sumber/ Kredit : XTRA

Diolah oleh : Wan Network

PERHATIAN: Pihak kami tidak akan bertanggungjawap langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak kami juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawap anda sendiri.

Leave a Reply

Your email address will not be published.