Categories
hiburan

“Rasa tk lama lgi dpat Dato Fattah..”- Fazura Terima Potret Keluarga Kurniaan Tuanku Sultan & Tengku Permaisuri Selangor

Pasangan pelakon dan usahawan terkenal, Fazura atau nama sebenarnya Nur Fazura Sharifuddin, 38, dan suami Fattah Amin, 32, sekali lagi mendapat “hadiah” dari Istana.

Dalam satu hantaran di Instagramnya, Fazura memuat naik beberapa keping gambar disamping potret kurniaan dari DYMM Tuanku Sultan Selangor dan DYMM Tengku Permaisuri Selangor..

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Nur Fazura (@missfazura)

 Patik sekeluarga merafak sembah serta menjunjung kasih di atas kurniaan DYMM Tuanku Sultan Selangor dan DYMM Tengku Permaisuri Selangor berupa sebuah potret kami sekeluarga yang sangat cantik”.

” Patik sekeluarga berasa sangat terharu dan bersyukur di atas kurniaan yang amat bermakna ini. Kenangan ini amat bernilai buat patik sekeluarga dan akan diabadikan selamanya.

” Junjung kasih Tuanku.” katanya.

Dalam hantaran terbaru, Fazura turut memuat naik video ketika dia sekeluarga sedang menuruni tangga dengan kapsyen “Maaf la.. kami turun ikut kiraan Fatima”

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Nur Fazura (@missfazura)


Rata-rata warganet memuji keluarga bahagia ini malah tak kurang juga mendoakan semoga Fazura dan Fattah mendapat gelaran Datuk dan Datin.

Terdahulu, Fazura dan Fattah pernah diamanahkan sebagai pembawa kek untuk memberi kejutan manis pada hari majlis ulang tahun kelahiran Tengku Permaisuri Selangor Jun lalu.

Mereka juga pernah menerima beberapa barangan istimewa kiriman Permaisuri Selangor sebelum ini seperti syiling emas dan naskhah al-Quran. – CARI

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Jangan Lupa Juga Untuk Follow Kami di Page

Sumber: Cari, IG

PERHATIAN: Pihak kami tidak akan bertanggungjawap langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak kami juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawap anda sendiri.

Leave a Reply

Your email address will not be published.